Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Lima Atlet Angkat Berat Harumkan Nama Melaka

By 6 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Farhana Azman/Azreen Ahmad (Jasin)

JASIN, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai lima orang atlet angkat berat mewakili negeri Melaka telah berjaya merangkul pingat di Kejohanan Angkat Berat Youth, Junior dan Senior Kebangsaan di Rompin, Pahang baru-baru ini.

Dalam kejohanan tersebut, mereka telah berjaya membawa pulang dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Fairul Nizam Roslan, setakat ini seramai 13 atlet angkat berat negeri yang mempunyai potensi besar telah ditempatkan di Sekolah Sukan Negeri (SSN) Seri Kota.

“Aspek pendidikan dan latihan atlet akan lebih terjamin bagi memastikan pendidikan mereka seimbang”.

“Kita akan terus mengangkat perkara ini agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi medan pengeluar atlet angkat berat di Melaka kerana kita yakin atlet yang sedia ada mampu mengharumkan nama Melaka,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Penutupan Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) KEMAS DUN Asahan di Pusat Kegiatan Masyarakat (KEMAS) Selandar, baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Negeri Melaka, Mohd Asri Ninggal.

-ZS-

Tinggalkan komen anda