Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Makan Malam Amal Kumpul Dana untuk Pelajar PBAG

By 26 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Salleh (Sabah)

TAWAU, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Pusat Bimbingan Alternatif Grace (PBAG) mengambil inisiatif mengadakan majlis makan malam amal bagi mengumpul dana untuk sumbangan kepada pelajar-pelajar.

Ahli Parlimen Tawau selaku Penaung Majlis Makan Malam Amal PBAG, Lo Su Fui berkata pusat bimbingan ini sudah berusia 13 tahun dan semakin berkembang jumlah pelajarnya dan memerlukan bantuan dana daripada pelbagai pihak.

“Hanya pendidikan sahaja boleh mengubah nasib diri pada masa hadapan dan jangan putus asa dengan kesusahan yang dialami sekarang.

“Selain dana yang dikutip malam ini, saya akan usaha dapatkan peruntukan daripada mana-mana pihak untuk bantu. Saya amat berterima kasih kepada semua yang terbabit dalam penganjuran majlis makan malam amal ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal PBAG, di sini pada Sabtu.

Tambahnya, dana itu akan digunakan secara seimbang bagi memastikan kebajikan pelajar terus dipelihara.

“Kita akan lihat keperluan sekolah yang lain bagi memastikan ia terus menjadi pusat pembelajaran dan pengajaran yang selesa dan selamat,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda