Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Pencarian Bakat Atlet Berbasikal Sarawak Bermula

By 19 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) bersama Persatuan Berbasikal Sarawak (SCA) telah mula mengorak langkahnya dalam pencarian atlet berbasikal untuk diserapkan ke dalam Pasukan Pembangunan Basikal Sarawak.

Perlumbaan ujian masa individu (ITT) yang telah diadakan semalam mendapat sambutan hangat dengan penyertaan hampir 40 remaja lelaki dan seorang remaja perempuan.

“Saya impikan untuk menyarung jersi Sarawak satu hari nanti,” jelas Muhd Zafran Rudean Mohd Anasrudean, 14, yang turut mencuba nasib walaupun terpaksa meminjam basikal rakannya.

Mohd Khairi Azri Naser, 40, berkata beliau  amat menyokong minat anaknya Khalish Afi, 15, dalam sukan  berbasikal kerana selain sebagai  hobi untuk mengisi masa lapang, sukan ini baik untuk kesihatan.

“Saya juga berharap Khalish dapat menjadi sebahagian daripada barisan atlet berbasikal negeri Sarawak dan seterusnya mengikuti jejak langkah sepupunya yang kini berada dalam pasukan negeri Terengganu,”katanya.

Sesi pemilihan ini merupakan siri pertama dalam beberapa siri pemilihan bagi semua disiplin  berbasikal dalam usaha  untuk mancari senarai  panjang atlet berbasikal yang bakal mewakili Sarawak  untuk Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda