Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Perlumbaan Perahu Naga Beri Ruang Riadah

By 19 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Mohd Sazwan Roslan

KOTA KINABALU, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Acara Perlumbaan Perahu Naga memberi peluang kepada orang ramai melakukan aktiviti riadah pada hujung minggu.

Menurut seorang pengunjung, Mohd Zikry Osman, 24, penganjuran acara Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa merupakan suatu kesempatan bagi orang ramai untuk menyaksikan acara ini di samping beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Saya gembira dapat datang ke acara seperti ini kerana boleh menyaksikan perlumbaan perahu di samping merehatkan badan setelah penat bekerja.

“Tidak seperti semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu, sekarang kita bebas dan dapat berjumpa orang ramai dalam suasana yang aman,” kongsinya ketika ditemui pada program Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa kali ke-8, di Teluk Likas, di sini Sabtu lalu.

Sementara itu, Ketua pasukan Perahu Naga, Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Rastam Keladi, 41, berkata menyertai pertandingan ini sangat bersesuaian dengan tugasan mereka.

“Dalam pertandingan ini, kerjasama antara ahli dalam pasukan paling penting selain kekuatan secara fizikal.

“Saya harap acara seumpama ini diteruskan pada masa akan datang kerana dapat mengisi masa lapang dan memberi banyak manfaat kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat,” ujarnya.

Perlumbaan Perahu Naga tersebut berlangsung dari 16 hingga 18 Jun 2023 disertai 155 pasukan dari Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia dan Brunei Darussalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda