Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Perkasa Komuniti dengan Ilmu Bantuan Awal Kecemasan

By 22 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 22 Jun (Malaysiaaktif) –Seiring dengan usaha pemerkasaan komuniti khususnya dalam menangani situasi kecemasan, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Kuala Pilah telah menganjurkan program Pengenalan Bantuan Asas Kecemasan dan CPR bersama Persatuan Perpaduan Malaysia Kuala Pilah, di sini semalam.

Menurut Pegawai APM Daerah Kuala Pilah, Lt (PA) Mohamad Ghazali Abd Rahim, masih ramai belum tahu dan kurang mengambil tahu mengenai Asas Bantuan Kecemasan jika berlaku sebarang kemalangan.

“Oleh itu, kita mengambil inisiatif ini untuk memberitahu dan memberi latihan praktikal agar mereka lebih memahami dan pada masa yang sama dapat meuar-uarkan kepada orang lain.

‘’Pengenalan asas ini amat penting jika berlaku sebarang kecemasan anda mungkin mampu menyelamatkan nyawa seseorang yang anda sayangi, rakan sekerja atau orang asing. Di samping itu kami juga turut berkongsi mengenai tugas dan peranan APM dalam kalangan masyarakat,’’ ujarnya ketika ditemui.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Perpaduan Malaysia Kuala Pilah Vasanthi Chandran memberitahu, latihan praktikal yang dilakukan dapat memberi gambaran yang sebenar mengenai bantuan kecemasan dan bantuan pernafasan (CPR).

‘’Kami mempelajari asas membalut luka, kepatahan, balutan dan kegunaan peti pertolongan cemas. Di samping itu kami turut membuat latihan praktikal CPR.

“Ilmu ini sangat berguna kepada kami dan ia selaras dengan Rukun Madani yang ke enam iaitu Ihsan. Ihsan kepada orang lain walaupun tidak seagama dan berlainan bangsa,’’ katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda