Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Terengganu Rekod Peningkatan GPN

By 8 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maherah Marina Mahusin/Nik Noor Fatin Fatihah Nik Hasri (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 8 Jun (Malaysiaaktif) – Terengganu merekodkan Gred Purata Negeri (GPN) bagi SPM 2022 sebanyak 4.59, bertambah baik berbanding GPN tahun lalu iaitu 4.72 dan GPN kebangsaan pada tahun ini sebanyak 4.74.

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Abdul Muie Ngah, berkata daripada jumlah itu, enam pelajar mencatatkan keputusan memperoleh A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

“Hari ini, Terengganu mencatatkan 333 pelajar atau 2.07 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 yang memperoleh keputusan cemerlang dengan kombinasi gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran,” katanya.

Tambah beliau, seramai 18,747 calon mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2022 di 176 pusat peperiksaan di seluruh Terengganu.

Pada majlis itu, Focal Person Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Kebangsaan Negeri Terengganu Mohamad Rofaat Khamid turut mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM1,000 kepada enam calon SPM yang mendapat gred semua A+ dan seorang calon Berkeperluan Khas (masalah penglihatan) yang cemerlang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda