Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

111 Mahasiswa Anak Negeri Sembilan Terima Komputer Riba

By 27 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Unit Media MBNS

KUALA PILAH, 27  Jul (Malaysiaaktif) – Bagi memastikan mahasiswa dan penuntut STPM anak-anak Negeri Sembilan mempunyai kemudahan pembelajaran yang baik, seramai 111 penerima yang berjaya dalam permohonan telah menerima komputer riba daripada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun di Dewan Dato’ Bahaman, Kuala Pilah kelmarin.

“Harapan saya kepada mahasiswa semua agar berusaha menjadi insan kamil yang bersahsiah, berkualiti, berinovasi seterusnya menjadi contoh dan mentor terbaik kepada masyarakat di luar sana. Mahasiswa adalah tonggak kepimpinan masa hadapan, kerana anda semua akan mencorakkan dan mewarisi pentadbiran akan datang.

“Pada tahun ini sejumlah RM1,358,500 telah diluluskan untuk membeli komputer riba tersebut dengan sebanyak 410 buah komputer riba diberi khusus kepada anak-anak mahasiswa Negeri Sembilan yang belajar di IPTA seluruh Malaysia dan 100 buah kepada pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia melalui Yayasan Negeri Sembilan.

Menurut Aminuddin, selain bantuan komputer mahasiswa juga boleh memohon Bantuan Sara Hidup (BSH) berjumlah RM150 sebulan selama satu tahun atau sepanjang tempoh pengajian di universiti.

Turut hadir Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Adnan Abu Hassan, Pengarah Yayasan Negeri Sembilan Datuk Muhammad Nazri Kassim, Timbalan Pentadbir Tanah Rijalul Fikri Mustafa dan barisan kepimpinan setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda