Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Hari Penamaan Calon Harmoni, Ibarat Perhimpunan Keluarga Besar

By 31 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Hari Penamaan Calon di Padang Lestari, Guar Chempedak, di sini kelmarin berlangsung dalam suasana yang harmoni tanpa sebarang insiden yang tidak diingini seolah-olah perhimpunan sebuah keluarga yang besar.

Menurut Pegawai Daerah Yan Mohamad Subhi Abdullah memang menjadi hasratnya untuk melihat segalanya berjalan lancar dan penuh harmoni serta menjadi contoh kepada pusat-pusat penamaan calon lain.

“Saya menyeru kepada semua yang hadir di sini agar dapat menjaga adab dan tidak menimbulkan provokasi di antara satu sama lain serta mengekalkan silaturahim agar terus terjalin sesuai dengan matlamat saya untuk mejadikan Daerah Yan ini sebagai sebuah daerah yang ‘Lestari’,” ujarnya ketika manyampaikan ucapan ringkas selepas selesai proses penamaan calon.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda