Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPutrajaya

Jangan pergunakan isu 3R demi kepentingan politik – Fahmi

By 14 Julai 2023Ogos 1st, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hisham Salleh/IPPTAR

PUTRAJAYA, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, komited untuk membendung isu 3R (kaum, agama, raja) daripada diexploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab, terutamanya semasa tempoh kempen pilihan raya yang bakal menjelang.

Susulan itu, beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengkaji keperluan untuk menubuhkan satu unit khas bagi meneliti kes-kes berkaitan isu 3R yang semakin membimbangkan.

“Sebab itu saya percaya MCMC dan PDRM perlu menilai keperluan untuk mungkin menubuhkan unit khas… jenis politik terdesak yang menggunakan 3R semasa kempen (pilihan raya) ini tidak boleh dibiarkan berterusan,” jelasnya.

Fahmi turut menyokong cadangan kerajaan untuk mengubal undang-undang baharu yang mengenakan hukuman kepada mereka yang mempermainkan sentimen 3R.

“Mereka yang terus memainkan isu 3R, saya rasa akan berhadapan dengan undang-undang. Amaran telah diberikan, saya rasa amaran yang mencukupi telah diberikan, itu sebabnya malam tadi saya telah katakan, siap-sedialah untuk hadapi akibatnya,” tambahnya lagi.

Fahmi menyebut perkara ini selepas melancarkan Persidangan Antarabangsa Komunikasi, Budaya dan Media Kontemporari (GLOCOM) 2023, di Bangi, Selangor, semalam.

Turut diadakan Sesi Menandatangani Perjanjian Persefahaman di antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) berkaitan kerjasama strategik.

-HS-



Tinggalkan komen anda