Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

RIPPLE Hasilkan Produk Kitar Semula Kaca Pertama di Sabah

By 17 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Berry Taimin (Sabah)

KOTA KINABALU, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Kitar Semula Sabah (RIPPLE) menghasilkan produk kitar semula kaca yang pertama di Sabah.

Menurut Pengurus Tapak Projek Carlsbot, Marjorie Lim Shan Yih, 39, projek kitar semula ini beroperasi sejak Disember tahun lalu.

“Kaca dihancurkan dalam mesin khas bagi menghasilkan pasir sebelum diproses kepada produk yang berasaskan pasir.

“Setakat ini kami berjaya menghasilkan tiga produk seperti pasu, batu bata dan pasir,” kongsinya ketika ditemui pada program Festival I-Hijau 2023, di sini pada Sabtu.

Tambahnya, selain kaca mereka juga memproses plastik untuk dijadikan produk kitar semula.

Sementara itu, seorang pengunjung Donnel Juis, 47, memuji usaha RIFFLE memproses bahan kitar semula dalam mengatasi pencemaran alam sekitar.

“Diharapkan semua pihak bukan sahaja pihak kerajaan, NGO malah masyarakat turut bersama-sama menjaga alam sekitar.

Festival I-Hijau 2023 adalah anjuran Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) Sabah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda