Laporan/foto: Muhammad Aidil Md Lazim
MUAR, 6 Jul (Malaysiaaktif) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pagoh telah berjaya meraih johan dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Daerah Muar yang diadakan di Dewan Seri Perak, SMK Tun Perak, di sini hari ini.
Pusingan akhir bagi pertandingan tersebut telah melibatkan dua buah sekolah menengah iaitu SMA Ad’diniyah dan SMK Pagoh dengan tajuk perbahasan Keciciran Pendidikan Merencatkan Malaysia MADANI.
Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu SMK Tun Perak, Zahara Tumian, berkata pertandingan ini diadakan bersempena dengan Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Muar dan dilaksanakan sebanyak satu kali setahun.
Pertandingan yang bermula sejak 5 Julai lalu disertai tujuh buah sekolah menengah yang lain iaitu SMK Agama Maahad Muar, Sekolah Menengah Agama Ad-Diniah, SMK Pagoh, SMK Pekan Baru, SMK Buki Naning, SMK Seri Muar dan SMK Perempuan Sultan Abu Bakar.
-ZS-