Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Lebih 500 Hadir Muo Berselawat

By 17 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shazreen Suradi

MUAR, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Lebih 500 orang hadir ke Majlis Bacaan Maulid Peringkat Daerah Muar 2023 di Dewan Jubli Intan, di sini semalam.

Program yang bermula dengan solat Maghrib berjemaah diteruskan dengan bacaan selawat dan maulid yang diiringi oleh kumpulan qasidah Jabatan Agama Negeri Johor dan juga pelajar Maahad Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid yang hadir turut pada majlis tersebut turut menyampaikan sumbangan wang tunai Baitulmal Kawasan Masjid Sultan Ibrahim Muar kepada tiga orang asnaf terpilih.

Seorang peserta maulid, Md Toha Yunus, 53, dari Kampung Sri Tanjung, berkata beliau sangat bertuah dapat hadir pada majlis tersebut dan berharap diteruskan pada setiap tahun.

Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Johor Haji Jamaluddin Abd Hamid, Pegawai Daerah Muar Haji Hasrin Kamal dan ketua-ketua jabatan dan agensi Daerah Muar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda