Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

7,000 Dijangka Sertai Jelajah Fit Malaysia Sarawak 2023

By 17 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas/Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai kira-kira 7,000 orang peserta dijangka hadir bagi menjayakan penganjuran program FitMalaysia peringkat Sarawak yang akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak pada 9 September depan.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak Lamat Nyalau, semalam berkata program tersebut diadakan untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat khususnya di Sarawak.

Katanya, pelbagai aktiviti yang dirancang seperti Fun Run 5km, Family Walk 3km, Fun Ride 10km dan 30km, sukan berbentuk pertandingan kecergasan secara individu dan berpasukan serta pelbagai pameran dan jualan kesihatan.

“Saya amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk memastikan penganjuran Program FitMalaysia di  Sarawak pada kali ini akan mencapai sasaran penyertaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia iaitu seramai 7,000 orang,” katanya.

Program Jelajah FitMalaysia peringkat Sarawak yang diadakan tahun ini merupakan kesinambungan kepada siri-siri Jelajah FitMalaysia yang telah dan akan diadakan di seluruh negeri di Malaysia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda