
Laporan/foto: Norlia Mili/Lydia Humphery Tungkat
KUCHING 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Penganjuran forum Hak Warga Emas kepada Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan, di sini semalam mampu dijadikan platform untuk memahami isu warga emas serta mencari penyelesaian bagi meningkatkan kualiti hidup mereka.
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Dr. Chew Chee Ming, berkata forum tersebut telah disertai kira-kira 120 peserta dari pelbagai agensi.
Seramai enam ahli panel telah dijemput untuk membincangkan isu-isu berkaitan warga emas untuk sama-sama merangka strategi dan inisiatif berkesan untuk memperkasa warga emas dan menjadikan Sarawak mesra warga emas.
Salah seorang ahli panel dari Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Mohamad Faisal Adenan ketika menyampaikan ceramahnya berkata antara pendekatan yang bakal dibuat ialah mewujudkan ‘DBKU Daycare Centre’ bagi warga emas yang akan dioperasikan oleh Kejiranan Mesra DBKU dan turut melibatkan pihak NGO.
-ZS-