Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Buang Mazmumah dalam Diri, Gantikan dengan Sifat Mahmudah – Tunku Besar Tampin

By 16 Ogos 2023Ogos 17th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Tampin)

TAMPIN, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Umat Islam perlu membuang sifat mazmumah dalam diri dan menggantikannya dengan sifat mahmudah.

Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Tampin 2023 di Dewan Perdana, di sini hari ini.

Pada majlis yang bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ itu, Tunku Besar Tampin turut menyampaikan Anugerah Apresiasi Hijrah 1445H.

Ceramah Maal Hijrah bertajuk ‘Hijrah Menuju ke Syurga’ oleh Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Profesor Madya Dr. Mohd Sukki Othman menjelaskan hijrah sebenar iaitu membuat perpindahan ke arah yang lebih baik dan meninggalkan segala larangan Allah SWT.

Turut hadir Pegawai Daerah Tampin Fadhil Hassan dan Ketua-ketua Jabatan daerah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda