Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorVideo

Laluan Utama Nahas Pesawat di Elmina Dibuka Sepenuhnya

By 18 Ogos 2023Ogos 22nd, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/Video: Juriah Suleiman/Syafiq Saleh

SHAH ALAM, 18 Ogos (MalaysiaAktif) – Laluan utama Persiaran Elmina di Seksyen U16, kini dibuka sepenuhnya kepada pengguna bermula pukul 3.00 petang tadi.

Kerja-kerja pembersihan kesan kebakaran akibat nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) mula dijalankan kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi melibatkan tiga jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sementara itu, serpihan bangkai pesawat dan kereta nahas tersebut masih berada di lokasi terbabit dan digunakan sebagai bahan bukti untuk siasatan pihak berkuasa terlibat.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda