Skip to main content
Berita TengahMAPutrajayaWilayah Persekutuan

Perkhidmatan Kesihatan Terbaik Adalah Hak Rakyat, Terutamanya Kanak-kanak, Remaja

By 19 Ogos 2023September 5th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Zaliha-Rehab

Laporan/foto: Hisham Salleh/Yang Zaman

PUTRAJAYA, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, menyeru seluruh petugas kesihatan untuk memastikan golongan kanak-kanak dan remaja, diberikan bantuan kesihatan yang sebaiknya — terutamanya mereka yang berkelainan upaya.

Beliau berkata, golongan tersebut berhak menikmati peluang yang sama rata dalam semua aspek kehidupan, meliputi aksesibiliti, mobiliti, pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan pemulihan, sekaligus mendukung harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menekankan kepentingan reformasi perkhidmatan kesihatan di negara ini.

“Beliau telah memberi jaminan bahawa akses terhadap perkhidmatan kesihatan berkualiti merupakan keutamaan yang akan diberikan oleh Kerajaan Perpaduan. Kemampanan sistem kesihatan berupaya memastikan kesejahteraan rakyat,” Ujar beliau sebelum merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Perkhidmatan Rehabilitasi Pediatrik, Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), hari ini.

Dr Zaliha turut mengajak semua petugas kesihatan agar sentiasa bersedia membantu dengan ikhlas, serta berganding bahu demi memenuhi kehendak dan keperluan rakyat, dalam memastikan perkhidmatan kesihatan pada hari ini berdaya tahan dan mampu mendepani cabaran masa hadapan.

“Kasih sayang, kegembiraan dan harapan terhadap golongan kanak-kanak OKU yang berumur 18 tahun dan ke bawah harus mendorong mereka untuk meneruskan kehidupan dengan diberikan peluang untuk mendapatkan pelajaran dan pekerjaan yang terbaik sejajar dengan kemampuan mereka,” katanya.

HRC merupakan satu-satunya hospital di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan program Perubatan Rehabilitasi Pediatrik yang komprehensif untuk golongan kanak-kanak dan remaja yang kurang upaya fizikal, dengan kapasiti 22 katil dan perkhidmatan pesakit luar.

Majlis yang bertemakan “A Decade of Love, Joy, & Hope, turut diserikan dengan reruai pameran yang memaparkan pencapaian pesakit yang menerima rawatan rehabilitasi pediatrik di HRC.

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda