Skip to main content
Berita TempatanPutrajaya

Lebih 100,000 meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2023

By 31 Ogos 2023September 5th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim/BERNAMA

PUTRAJAYA, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Dataran Putrajaya dibanjiri lebih 100,000 orang bagi menyaksikan acara gilang gemilang Sambutan Hari Kebangsaan 2023, pagi ini.

Kehadiran serta sokongan orang ramai dalam acara ini membuktikan semangat patriotik yang masih kekal subur dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai usia, bangsa, agama dan latar
belakang.

Acara tahunan ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli YangMaha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri, Yang Amat Berhormat Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta ahli-ahli Jemaah Menteri.
Sambutan kali ini dimeriahkan dengan persembahan Tim Akrobatik Army Red Warrior Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan penglibatan 42 orang peserta dan penampilan khas 66 buah motosikal Royal Enfield.

Turut dipamerkan ialah aksi terjunan tepat VAT69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM), persembahan 400 pergendangan, 36 kumpulan pancaragam dan persembahan khas Hari Kebangsaan 2023 bertajuk “Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” oleh 1,500 orang peserta. Acara perbarisan dan perarakan yang menjadi tarikan utama sambutan telah dijayakan oleh 17,262 orang peserta melibatkan 67 kontinjen.

Kontinjen ini dibahagikan kepada sembilan komponen iaitu kenegaraan, perpaduan Malaysia MADANI, ekonomi, perbankan, telekomunikasi, industri kreatif dan penyiaran, sukan negara, kesejahteraan serta keselamatan negara. Turut dipertontonkan ialah 534 aset kenderaan taktikal pelbagai guna serta aset haiwan sebanyak 100 ekor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda