Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Majlis Memperingati Negarawan Tonggak Perpaduan Negara Esok Di Dataran Merdeka

By 1 Ogos 2023Ogos 8th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Menjelang Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr. Ismail Al-Haj – Tonggak Perpaduan Negara esok, hampir semua persiapan utama di peringkat akhir.

Program anjuran sulung Kementerian Komunikasi dan Digital bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan itu akan diserikan dengan mini galeri Tun Dr. Ismail ‘Wall Of Memories’.

Pameran khas itu akan mempamerkan kronologi kisah hidup Negarawan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dalam usaha mencapai kemerdekaan dan pembangunan Malaysia.

Selain itu, orang ramai juga disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang lain seperti program-program patriotik, program RIUH dan jualan usahawan.

Majlis perasmian akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok pukul 2.20 petang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda