Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPutrajaya

Analisis Data Besar, AI Mampu Memakmurkan Ekonomi Digital Malaysia

By 1 Ogos 2023Ogos 3rd, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Public Sect Day

Laporan/foto: Hisham Salleh/FB Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan sedang melipatgandakan usaha untuk menarik pelaburan langsung asing dan domestik bernilai tinggi dalam bidang digital seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Analisis Data Besar.

Sejajar dengan itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata, Malaysia memerlukan lebih ramai pakar dalam data dan teknologi, kerana negara ini semakin menghampiri dekad digital keemasan — sekaligus menjadi Harimau Digital Asia.

“Ini perkara (teknologi) baharu dan kita perlu kumpulan tenaga pakar daripada agensi kerajaan serta industri untuk memahami beberapa cabaran …. AI mungkin akan bawa kesan kepada sektor pekerjaan,” tambahnya.

Fahmi juga berkata, Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pusat pelaburan data yang mampan dan berdaya tahan.

“Banyak peluang untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat dengan menerima pendigitalan kerana Malaysia berusaha untuk menjadi negara yang mengutamakan digital dan memulakan dekad digital yang makmur,” ujar beliau.

Ekonomi digital negara sedang berada di landasan yang tepat iaitu menyumbang lebih daripada 25.5% daripada keluaran dalam negara kasar negara menjelang 2025.

Fahmi berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada program Hari Sektor Awam Malaysia di sini, hari ini.

-HS-

 

 

 

Tinggalkan komen anda