Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

PBNS Cawangan Tawau Dibuka

By 29 Ogos 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag latip/Mohd Maqdi Salleh (Sabah)

TAWAU, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) Cawangan Tawau dibuka di Bangunan MARA, di sini pada Ahad.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif, PBNS telah berjaya mempelbagaikan jenis bantuan untuk meningkatkan kehidupan golongan sasar yang berkelayakan.

“Antara bantuan disediakan baik pulih rumah, latihan perniagaan, pendidikan dan bantuan projek yang memberi impak tinggi kepada komuniti.

“Contohnya pembinaan loji rawatan air bersepadu di Kampung Pituru, Kampung Mengkapon dan Kampung Lok Dangkaan yang dalam proses pembinaan sekarang,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian PBNS tersebut.

“Justeru, saya mengambil kesempatan ingin mengajak sektor korporat dan seluruh penjawat awam negeri dan persekutuan serta kakitangan sektor swasta bersama-sama membuat sumbangan Kumpulan Wang Amal Jariah (KWAJ) kepada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.

“Sumbangan KWAJ ini sebagai kerjasama murni dalam membantu merealisasikan hasrat golongan sasar yang berkelayakan dan boleh dibuat melalui potongan gaji,” katanya.

Untuk rekod, Pejabat PBNS Cawangan Tawau hanya membabitkan perkhidmatan berkaitan agihan dan kutipan bayaran fidyah, Kumpulan Wang Amal Jariah (KWAJ), Wang Tak Patuh Syariah dan Faraid.

Manakala bagi urusan berkaitan sebarang permohonan, bantuan akan dipanjangkan ke ibu pejabat di Kota Kinabalu untuk kelulusan.

Turut hadir Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Haji Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan, Ahli Parlimen Tawau Lo Su Fui, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sebatik Hassan A Gani PG Amir dan ADUN Kukusan Rina Hj. Jainal.

-ZS-

Tinggalkan komen anda