Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

KKDW Fokus Pembangunan TVET, Bantu Usahawan Desa

By 29 Ogos 2023September 5th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Rahimah Rafiai (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) turut memfokuskan pembangunan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai legasi baharu masyarakat luar bandar selain pembangunan infrastruktur bekalan elektrik dan air.

“Ia dapat menyediakan peluang kedua kepada mereka untuk melanjutkan pengajian khususnya dalam bidang teknikal dan vokasional serta menceburi bidang keusahawanan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika merasmikan Program Jualan Desa MADANI di Busana Menara MARA, di sini semalam.

Jualan Desa MADANI bersempena Sambutan Hari Kebangsaan itu menyediakan platform kepada usahawan-usahawan desa untuk mempromosikan produk-produk mereka selain memperkenalkan Medan MARA dan Busana Menara MARA sebagai hub setempat program pembangunan keusahawanan.

Selain itu, turut dianjurkan Jualan RAHMAH bagi barangan keperluan harian dengan potongan harga sehingga 50 peratus di samping tawaran ‘happy hour’ bagi barangan terpilih, demonstrasi masakan, program bual bicara keusahawanan dan persembahan artis.

Program akan berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga 30 Ogos ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda