Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Simulasi Pengurusan Bencana Tingkatkan Kesiapsiagaan Hadapi Bencana di Negeri Kelantan

By 15 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Hussin Abdullah (Tumpat)

TUMPAT, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Simulasi Pengurusan Bencana anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Bunga Raya, Pantai Sri Tujuh, di sini hari ini.

Menurut Rosli Ibrahim yang mewakili Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) simulasi tersebut merupakan persediaan awal dalam merangka strategi untuk menyelamatkan mangsa bencana sekali gus pengurusan gerak kerja di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Melalui pelaksanaan simulasi ini, ianya dapat memberikan pendedahan kepada anggota penyelamat dan orang awam akan situasi sebenar dan peranan masing-masing apabila berhadapan dengan bencana.

“Seramai 400 orang penggerak kerja daripada beberapa buah agensi kerajaan dan swasta terlibat,” katanya.

Turut hadir Pengarah Pengurusan Bencana Negeri Kelantan Haji Nik Mohamed Noor Nik Ishak, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan Muhd Aswadi Md Nor Ketua Jajahan Tumpat Rusydee Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda