Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Lebih 11,000 Hadir Jelajah Fit Malaysia Johor 2023

By 24 September 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 24 Sep (Malaysiaaktif) – Lebih 11,000 peserta telah hadir memeriahkan Program Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri Johor Tahun 2023 yang diadakan di AEON Mall Bandar Dato’ Onn, di sini kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Koperasi, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia Negeri Johor Mohd Hairi Mad Shah, berkata para peserta terdiri daripada semua peringkat umur dan berbilang kaum yang berasal daripada seluruh daerah di negeri Johor dan juga dari Singapura.

“Fit Malaysia merupakan salah satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) dengan hasrat merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat Bangsa Johor menerusi amalan gaya hidup sihat, aktif dan cergas sepanjang masa.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang hadir memeriahkan Jelajah Fit Malaysia selama sehari dan ini membuktikan bahawa agenda Xtif Johor yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan,” katanya.

Pelbagai acara sukan turut diadakan antaranya Fun Run, Fun Walk, Fun Ride, Senamrobik, Lompat Tali dan sebagainya.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Haji On Jabbar @ Jaafar, Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan (JBSN) Johor Sabran Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor Shamsuhaime Basir,  pemimpin setempat, ketua jabatan negeri dan persekutuan serta para peserta program.

-ZS-

Tinggalkan komen anda