Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

JBI Turunkan Kes Penipuan Dalam Talian

By 23 September 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Pelaksanaan Program Jom Bijak Internet (JBI) berjaya menurunkan kadar kes penipuan dalam talian di Wilayah Persekutuan.

Menurut Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Persekutuan Alyas Roy Amir kadar peratusan kes penipuan dalam talian menurun 28 peratus pada tahun ini berbanding tahun lalu.

“Melalui program ini kita melihat kesedaran dalam kalangan komuniti mengenai ancaman-ancaman yang ada dan modus operandi yang digunakan ‘scammer’ untuk memperdaya mangsa sekaligus menunjukkan program ini memberi nilai serta maklum balas yang baik daripada masyarakat,” katanya semasa ditemui media pada Program JBI Siri Tiga di Sekolah Kebangsaan Patau-Patau, di sini pagi tadi.

Jelas beliau, SKMM akan terus mendekati komuniti Labuan dengan meneruskan Program JBI dan beberapa program lain untuk memberi pengetahuan tentang manfaat daripada penggunaan internet dengan bijak.

“Selain itu JBI memberi kesedaran mengenai bahaya penggunaan initernet dengan cara yang salah, mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan dalam talian dan memberikan ilmu mengenai cara meningkatkan taraf kehidupan melalui platform digital,” jelasnya.

JBI Siri 3 itu diisi dengan pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Ceramah ‘Keselamatan Internet, Tanggungjawab Bersama’, Ceramah Jenayah Siber dan Kuiz ‘MyCyberGenious’.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda