Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kayuhan Santai SMKSAA Gelorakan Semangat Patriotisme

By 14 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hanizatul Azwa Mat Lazim (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 14 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 80 peserta terdiri daripada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz (SMKSAA) menyertai Program Kayuhan Santai Malaysia Madani 2023 sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-66, di sini semalam.

Menurut guru Noor Hidayatul Shafira Saidon, warga pendidik Azizian telah bersama-sama menggembleng tenaga mengambil pendekatan yang proaktif dengan mengadakan program dan sambutan yang berkonsepkan patriotik mahupun kenegaraan bagi menyemarakkan semangat cintakan negara.

ā€œProgram ini bukan sahaja menyemai semangat patriotisme dalam kalangan peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur bahkan dapat membudayakan gaya hidup sihat,ā€ katanya selaku penyelaras program.

Sementara itu, peserta Muhammad Daniel Mohd Amin, 17, teruja kerana berpeluang menyertai program kayuhan berbasikal kerana dapat bersama-sama menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan.

ā€œProgram ini juga dapat mengeratkan silaturahim dengan warga sekolah.

Pasukan keselamatan turut mengiringi kayuhan berbasikal sejauh 7 kilometer tersebut bagi memastikan keselamatan semua peserta terjamin,ā€ katanya.

Turut hadir merasmikan program Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Pendidikan Teluk Intan Datuk Mohd Azhar Jamaluddin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda