Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kejohanan ILKBS Mampu Meningkatkan Gaya Hidup Sihat

By 21 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Latifah Salleh/Muhammad Aidil Md Lazim

MUAR, 21 Sep (Malaysiaaktif) – Program dan kejohanan sukan penting dalam melahirkan masyarakat cergas dan aktif.

“Melalui kejohanan sukan ini kita mampu meningkatkan penghayatan budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar dan warga ILKBS,” ujarnya.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli, berkata demikian di Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Sukan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) ke-35 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Pagoh, di sini hari ini.

Kejohanan selama empat hari yang bermula 18 September lalu itu disertai 21 institusi latihan kemahiran dari seluruh negara mempertandingkan sukan memanah tradisional, futsal, bola sepak, bola jaring, badminton dan bola tampar.

Turut hadir Pengarah IKTBN Pagoh Suzana Mohammed Zohdi, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPKK) Cawangan Pengurusan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Khalid Mohamad Yusoff dan Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia Negeri Johor (MAYC) Mohd Fairuz Mohd Jamil.

-ZS-

Tinggalkan komen anda