Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kejohanan Menembak Semarak Merdeka Piala Pegawai Daerah Kinta 2023

By 11 September 2023September 13th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norfatihah Abd Jamin/Mohd Farhan Abd Rahim (Kinta)

IPOH, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 100 peserta terdiri daripada jemputan kehormat, ketua jabatan dan pegawai menyertai Kejohanan Menembak Semarak Merdeka Piala Pegawai Daerah Kinta 2023 anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Kinta di Lapang Sasar Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Tambun pada Sabtu.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, penganjuran kejohanan ini secara tidak langsung menjadi penentu tahap kemahiran dan fokus peserta di samping memberi peluang kepada mereka untuk mempamerkan bakat dalam acara ini.

“Peserta dapat menambah ilmu dan meningkatkan kemahiran mengenai pengendalian senjata api dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

“Selain itu, kejohanan ini juga dapat mengeratkan lagi semangat kekitaan dalam kalangan peserta demi membudayakan semangat patriotisme dan cintakan negara bersempena Hari Kemerdekaan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam mempamerkan komitmen yang tinggi bagi memastikan kejohanan ini dapat direalisasikan dengan jayanya.

“Kita dapat menggunakan kesempatan ini untuk meningkatkan jalinan kerjasama antara jabatan dan agensi yang mana saya percaya kesempatan bukanlah selalu kita peroleh kerana pada hari bekerja kita semua mempunyai kekangan atas komitmen masing-masing.

“Peserta juga dapat berkongsi pandangan dalam merekayasa organisasi untuk meningkatkan keupayaan dan menambah baik struktur organisasi agar lebih dinamik, tangkas dan fleksibel supaya dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik mengikut kehendak dan keperluan semasa,” ujarnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda