Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Pusat Daya Maju Masakan KEMAS ‘Way Forward’ Menangi Hati Warga Luar Bandar

By 11 September 2023September 14th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/KEMAS Labuan

LABUAN, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Pelancaran Pusat Daya Maju Masakan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Labuan diharap menjadi ‘way forward’ dalam memenangi hati warga luar Bandar.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan Tan Sri Anifah Aman pusat itu diharap dapat menjadi pemangkin kepada program-program kemahiran yang dianjurkan oleh Pihak KEMAS disamping mempelbagaikan promosi serta penjenamaan bagi bidang pendidikan kemahiran KEMAS di peringkat yang lebih tinggi.

“Pusat Daya Maju ini telah dirangka selaras dengan strategi dan inisiatif dalam RMK ke 12 iaitu untuk membawa perkhidmatan sosial (program kerajaan) terus kepada masyarakat di peringkat akar umbi selain bersandarkan kepada kerangka Teras 8, Dasar Pembangunan Luar Bandar iaitu merapatkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan sektor swasta dan korporat bagi mentransformasi kawasan luar bandar.

“Bidang teknik, vokasional dan kemahiran kini menjadi tumpuan Kerajaan bagi melahirkan lebih ramai golongan teknokrat dan berkemahiran sebagai asas pembentukan wawasan kemakmuran bersama tahun 2030 ke arah luar bandar sejahtera,” katanya semasa merasmikan pusat itu, di sini kelmarin.

Tambahnya, bidang kemahiran yang disediakan oleh KEMAS seperti jahitan, masakan, seni tangan, dandanan diri, komputer dan kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga jika dikendalikan dengan bijaksana mampu memberikan pulangan yang baik kepada masyarakat.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.

Hadir sama Pengarah Bahagian Pendidikan Kemahiran KEMAS Dr. Zainal Abidin Ali, Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan Asri Saleh dan Pegawai KEMAS Labuan Gilbert Julian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda