Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Kunjungan Waris Kedayan Brunei Darussalam Eratkan Hubungan Dua Negara

By 5 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Wakal

LABUAN, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Kunjungan ‘Semangat Bapaadian Waris Kedayan Kuala Belait dari Negara Brunei Darussalam Ke Labuan’ berjaya merapatkan hubungan komuniti Kedayan dan Brunei kedua-dua negara.

Menurut Ketua Biro Adat dan Kebudayaan, Persatuan Kadayan Labuan (Wakal) Nordin Kadir, seramai 20 orang ahli rombongan Waris Kedayan Kuala Belait yang diketuai oleh pengurusnya, Perdilah Mazid dan ketua rombongan Arzmi Panjang membuat lawatan ke beberapa lokasi sekitar Labuan pada 2 September lalu.

“Kunjungan ‘badudun’ ini merupakan adat warisan berzaman rumpun Kaum Kadayan dan Kaum Brunei antara dua negara berjiran Brunei Darussalam dan Wilayah Persekutuan Labuan Malaysia.

“Program-program yang disusun atur Wakal bertujuan menyuburkan adat budaya badudun supaya terus dapat dihayati bersama generasi muda serta merancakkan ekonomi sekali gus menghidupkan industri pelancongan di pulau bebas cukai ini,” katanya semalam.

Jelasnya lagi, antara pengisian lawatan tersebut adalah ziarah ke Makam Tuanku Syariff Kedah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rancha-Rancha, lawatan ke Tamu Kampung Bukit Kuda, Sambutan Kebudayaan Menjamu Selera Makanan Tradisi Ambuyat di Pondok Cahaya Mentari Kampung Tanjung Aru Nelayan dan majlis doa selamat serta ramah mesra di kediaman Yang Dipertua Wakal Datuk Rozman Datuk Isli.

“Hadir sama menyambut para ahli rombongan adalah Indong Pulan Bini Wakal,  Asnah Sambas dan Pengerusi Persatuan Pantaran Biskita, Amit Hamdani,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda