Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Konvoi Motor Kelilingi Lembah Pantai Sempena Hari Malaysia 2023

By 18 September 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhaimin Musa/Wan Muhammad Afiq Wan Mokhtar (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 60 motosikal berkonvoi sambil memasang lagu-lagu patriotik memeriahkan lagi Sambutan Hari Malaysia 2023 di Lembah Pantai, kelmarin.

Konvoi anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Parlimen Lembah Pantai Sub Zon 3 itu bermula di Perkarangan Surau Al-Badar Kampung Kerinchi di sini melalui beberapa lokasi perhentian sekitar Lembah Pantai.

Antaranya Kampung Haji Abdullah Hukum, Program Perumahan Rakyat (PPR) Cempaka, PPR Pantai Ria, Kampung Pasir, Balai Polis Petaling, PPR Kerinchi dan berakhir di Perkarangan Surau Al-Badar Kampung Kerinchi.

“Aktiviti konvoi dan kemasyarakatan ini dapat menjalinkan ukhwah yang baik antara penduduk setempat dan peserta konvoi untuk memupuk perpaduan di antara masyarakat setempat”, kata Pengerusi MPP tersebut, Rosli Ishak.

Rosli yang mewakili Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil turut menyampaikan hasrat Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai meluluskan RM20 ribu untuk menaik taraf Surau Al-Badar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda