Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

LPPKN Bantu Ibu Bapa Bentuk Remaja Bertanggungjawab

By 25 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Roseemyzal Nordin/Haziq Ruslain (Labuan)

LABUAN, 25 Sep (Malaysiaaktif) – LPPKN berperanan membantu ibu bapa dalam membentuk seseorang remaja untuk menjadi lebih bertanggungjawab, berdaya tahan dan prihatin.

Menurut Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah Suszma Khairitszi Mamat, pihaknya selaku agensi peneraju di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melaksanakan amanah itu sebaiknya untuk mencapai visi serta misi LPPKN.

“Adalah penting LPPKN sebagi agensi yang mempunyai kepakaran dalam bidang pemantapan kekeluargaan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada ibu bapa dalam aspek mengimbangi anak remaja agar dapat melahirkan golongan remaja yang bertanggung jawab, berdaya tahan dan prihatin.

“Ia juga selaras dengan rasional Dasar Keluarga Negara antaranya iaitu menyediakan landasan untuk pembangunan modal insan dan pembentukan elemen pengukuhan institusi keluarga dalam pembangunan kesejahteraan bagi melahirkan generasi berkualiti,” katanya semasa ditemui pada Program Perkasa Keluarga, di sini semalam.

Pada program yang dihadiri seramai 250 ibu bapa dan remaja itu, Suszma menyampaikan ceramah berkaitan keibubapaan dan remaja selain dibantu Pegawai LPPKN Sabah, Eddysamond Layun dengan topik yang terkandung dalam Modul Perkasa Keluarga seperti Dekati dan Fahami, Kitakan Sekeluarga, Katakan Tidak dan Pembangunan.

Program Perkasa Keluarga telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda