Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

426 Peserta Sertai Kejohanan Tang Soo Do ke-17 Sarawak

By 25 September 2023September 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 426 orang peserta telah menyertai Kejohanan Tang Soo Do ke-17 Peringkat Sarawak 2023 anjuran Persatuan Tang Soo Do Bahagian Kuching yang berlangsung di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Sarawak pada Sabtu hingga Ahad lalu.

Timbalan Presiden Persatuan Tang Soo Do Bahagian Kuching Master Ricky Sim, 52, semasa majlis penutup kejohanan semalam, berkata beliau sangat gembira dengan petambahan penyertaan pada tahun ini jika dibandingkan dengan tahun lepas.

Tambahnya, ia bermakna lebih ramai individu mula menaruh minat untuk menceburi seni mempertahankan diri ini.

Katanya lagi, seni mempertahankan diri bukan sahaja satu bentuk senaman yang sangat sihat bahkan ia juga memberikan keyakinan dalam mempertahankan diri kepada pengamalnya.

Sebanyak dua acara telah dipertandingkan dalam tempoh dua hari kejohanan tersebut iaitu acara formasi dan acara perlawanan gaya bebas ‘sparing free style’.

-ZS-

Tinggalkan komen anda