Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

LTdL 2023: Penutupan Jalan di Kuala Selangor

By 29 September 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azfa Saffie (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 29 Sep (Malaysiaaktif) – Beberapa laluan di daerah Kuala Selangor akan ditutup berikutan perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi (LTdL) yang akan memasuki daerah ini, esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt. Ramli Kasa ketika ditemui, berkata penutupan itu membabitkan laluan kayuhan di sempadan Klang-Kuala Selangor, Sungai Janggut, Sasaran Jeram, Pekan Jeram, Sasaran Sungai Buloh, Assam Jawa, Pekan Kuala Selangor, Simpang ke Bukit Belimbing, Jalan Raja Musa, Pekan Bestari Jaya, Jalan Bukit Badong, Ijok, Simpang Menghala ke Kota Puteri, Desa Coalfield dan Bandar Sri Coalfield.

“Beberapa jalan di daerah Kuala Selangor ini akan ditutup mulai pukul 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang esok membabitkan laluan berkenaan dan semua pengguna dinasihatkan mengelak menggunakan laluan yang dinyatakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Sementara itu, seramai 170 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi menjaga keselamatan dan membantu melancarkan aliran trafik sepanjang berlangsungnya kayuhan berprestij itu.

“Orang ramai yang menyaksikan kayuhan LTdL ini juga dinasihatkan supaya mematuhi arahan pertugas kami di lapangan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda