Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program empowerNCER Buka Peluang Bantu Komuniti Setempat

By 23 September 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurul Habibah Hassan/Muhammad Fakhri (Manjung)

SERI MANJUNG, 23 Sep (Malaysiaaktif) – EmpowerNCER Perak melancarkan pusat latihan terbarunya di daerah ini kelmarin dalam usaha memperluaskan tawaran latihan kemahiran dan keusahawanan secara percuma kepada komuniti seluruh negeri.

Pusat latihan ini ditubuhkan untuk membantu golongan B40 berpendapatan kurang daripada RM4,950 selain turut memberi peluang kepada peserta mempromosikan perniagaan mereka.

Peserta Kariti Sunita Derahman, 35, berkata program empowerNCER ini telah membuka ruang kerjaya kepadanya dalam bidang spa.

“Saya mula mengikuti Kursus Terapi Spa pada bulan Mei lalu dan kini saya mampu menjana pendapatan dengan mengaplikasi ilmu dan kemahiran yang dipelajari.

“Saya amat menggalakkan lebih ramai orang mengikuti kursus yang ditawarkan. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang baru menamatkan pengajian atau yang masih mencari pekerjaan,” ujarnya.

Antara kursus lain yang ditawarkan termasuk pembuatan roti, bakeri dan pastri, kelestarian dan inovasi perniagaan, kemahiran pembaikan telefon bimbit dan komputer, pembungkusan retord dan ‘pipe gas insulation’.

Hadir merasmikan pelancaran ialah Pegawai Daerah Manjung Shamsul Ridzuan Idris.

-ZS-

Tinggalkan komen anda