Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PSA Juara eDOLA XI 2023

By 11 September 2023September 14th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PSA

SHAH ALAM, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dinobatkan juara keseluruhan Pertandingan Inovasi Pembelajaran Digital CIDOS ‘Inspiring Learning Awards’ (eDOLA) XI 2023.

PSA berjaya merangkul juara bagi kategori utama iaitu iPRO apabila memperoleh tempat pertama bagi Penerbitan Video PdP Konvensional, tempat kedua bagi Penerbitan Video Dokumentari dan top 5 Rating YouTube Channel Shout! TVET daripada enam kategori yang dipertandingkan.

Timbalan Pengarah Akademik PSA, Ts Dr Ahmad Aftas Azman, berkata PSA mengambil masa dua bulan bagi menghasilkan video pembelajaran dan pengajaran (PdP) Kimpalan Arka manakala sebulan bagi video dokumentari.

“Walaupun sibuk dengan tugasan hakiki serta pelbagai aktiviti di PSA, mereka masih memberi komitmen yang cukup tinggi dalam eDOLA kali ini.

“Tahniah dan terima kasih saya ucapakan kepada para pensyarah dan pelajar yang terlibat dalam penghasilan video-video pada kali ini,” katanya menerusi satu kenyataan kelmarin.

eDOLA XI 2023 anjuran Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) merupakan satu pertandingan Inovasi bahan digital berbentuk video bagi menerangkan kandungan PdP secara kreatif dengan menggunakan teknologi digital terkini.

Sebanyak 300 penyertaan daripada 111 institusi bertanding bagi merebut gelaran dalam enam kategori iaitu iPRO, iEXPLEARN, iNOVATER, iFLAGSHIP, iMAKER dan iTeCC.

-ZS-

Tinggalkan komen anda