Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga Eratkan Hubungan antara Komuniti

By 10 September 2023September 13th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga Eratkan Hubungan antara Komuniti

Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi (Jempol)

JEMPOL, 10 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai lebih kurang 150 orang peserta daripada 28 Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Daerah Jempol bergabung dalam menjayakan Program Konvoi Jelajah Mega Perpaduan Malaysia Jempol semalam.

Peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum akan menjelajah ke seluruh daerah Jempol dengan tujuan meningkatkan semangat perjuangan dan patriotik.

Menurut Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sembilan Salasiah Hashim, hanya dua daerah sahaja yang mengadakan program ini.

“Bukan mudah untuk menjayakan program sebegini dengan kerjasama yang baik daripada semua pihak.

“Sudah semestinya kita harapkan program ini dapat mencapai matlamat untuk menyuburkan rasa kecintaan kepada negara,” ujarnya.

Menurut salah seorang peserta Thanasegar Arumugam, 40, berkata program seperti ini sangat mengujakan dirinya.

“Ianya bukan sahaja boleh merapatkan jurang antara kaum bahkan ianya dapat memberikan pengalaman berharga bagi sama-sama menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan kali ini.

Ahli Parlimen Jempol Shamshulkahar Haji Mohd Deli, berkata beliau sudah lama mahu agar KRT di daerah ini diperkasakan.

“Saya akan cuba membantu bagi memastikan KRT di daerah ini dapat melaksanakan program yang boleh menggerakkan masyarakat setempat di samping menggelorakan kembali semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda