Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Tarian Bambarayon Serikan Pertandingan Sketsa

By 8 September 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Volintine Jiloh (Sabah)                                                        

KOTA KINABALU, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Persembahan Tarian Bambarayon daripada kumpulan Tarimantik, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kolombong telah menyerikan Pertandingan Sketsa Rukun Negara 2023 Peringkat Negeri Sabah.

Menurut Guru Kelab Kebudayaan sekolah tersebut, Jessica Mosikon, kumpulan Tarimantik mempersembahkan tarian Bambarayon (Kreatif Sumazau) yang bermaksud semangat padi dalam bahasa Kadazan Dusun.

“Kumpulan ini memperolehi tempat ketiga Pertandingan Seni Warisan Juara Limbai yang diadakan pada bulan Jun baru-baru ini,” kongsinya ketika ditemui di SMK Kolombong, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, SMK Kolombong telah dinobatkan sebagai johan Pertandingan Sketsa Peringkat Negeri Sabah dengan sketsa bertajuk ‘Rukun Negara Tunas Belia’.

Kumpulan tersebut akan mewakili Sabah ke peringkat Kebangsaan yang dijadualkan pada 28 Oktober depan.

Pengetuanya, Dr. Justin Rompod bersyukur dan terharu dengan semangat yang ditunjukkan pelajar sehingga muncul johan pertandingan tersebut.

“Kemenangan ini adalah hasil kerja keras pelajar dan guru pembimbing yang gigih membuat latihan tidak mengira siang dan malam.

“Diharapkan pelajar-pelajar ini dapat memantapkan lagi persembahan dan seterusnya mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda