Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Malaysia Sasar Bebas Rabies Menjelang 2030

By 2 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar terus komited melaksanakan pelbagai usaha dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies di Malaysia.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin, sebanyak 949 kes jangkitan rabies terhadap anjing dan kucing dilaporkan di Sarawak yang telah menyebabkan 72 kes jangkitan manusia dan 65 daripadanya telah mengakibatkan maut dalam tempoh tahun 2017 sehingga 2023.

“Malaysia masih belum bebas daripada penyakit rabies ketika ini. Ini kerana, negeri Sarawak masih menghadapi ancaman wabak yang telah mengakibatkan 65 maut di sana dalam tempoh tahun 2017 sehingga 2023.

“Itu sebabnya penyakit rabies ini tidak boleh diambil ringan. Vaksinlah haiwan-haiwan kesayangan, demi melindungi bukan sahaja haiwan-haiwan berkenaan tetapi juga kita dan keluarga daripada ancaman penyakit bawaan haiwan,” kata Chan ketika ditemui pada Sambutan Hari Rabies Sedunia 2023 yang bertemakan ‘Semua Untuk Satu, Satu Kesihatan Untuk Semua’ di Hospital Veterinar Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Beliau juga menekankan usahasama semua pihak termasuk pihak kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat dalam mencapai hasrat membanteras wabak rabies sepenuhnya menjelang 2030.

-ZS-

Tinggalkan komen anda