Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Bayaran Insentif Awal untuk Penjawat Awam

By 13 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rahman Ishak/Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan memberi Bayaran Insentif Awal sementara menunggu Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

“Sukacita diumumkan, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awamsebanyak 2,000 ringgit kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan 1,000 ringgit kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

“Bayaran Insentif 1,000 ringgit turut dipanjangkan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen. Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anakanak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal,” katanya.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI, di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

“Kerajaan menyarankan majikan swasta turut sama mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa.

“Tahun hadapan, kerajaan akan mula mempergiat sesi libat urus. Saya menyeru untuk pihak swasta untuk memberi ganjaranterutamanya syarikat yang mempunyai keuntungan yang munasabah,” katanya.

-RI

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda