Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Belanjawan 2024: Peruntukan pembangunan Sarawak meningkat kepada RM5.8 bilion

By 14 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norlia Mili/Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

KUCHING, 14 Okt (Malaysiaaktif) –Pembentangan Belanjawan 2024 semalam telah menyaksikan peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan Sarawak ditingkatkan kepada RM5.8 bilion berbanding RM5.6 bilion sebelum ini selaras dengan usaha Kerajaan Perpaduan merealisasikan kesepakatan yang telah dicapai pemimpin terdahulu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Kerajaan Perpaduan juga meningkatkan kadar Pemberian Khas interim sebanyak RM300 juta berbanding RM16 juta bagi Sarawak di mana kali terakhir kajian semula Pemberian Khas kepada Sarawak ialah pada 1969.

“Kerajaan Persekutuan juga turut menurunkan kuasa pelaksanaan projek pembangunan di bawah nilai RM50 juta kepada agensi teknikal Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan selain turut sedang berunding untuk merealisasikan penyerahan Pelabuhan Bintulu dan pengoperasian Perkhidmatan Udara Desa (RAS) kepada kerajaan negeri,” katanya.

Pembentangan Belanjawan 2024 semalam adalah bertemakan ‘Reformasi ekonomi, memperkasa rakyat’.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda