Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sambutan Hari Sukan Negara Pupuk Masyarakat Aktif

By 14 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Adawiyah Othman (Marang)

MARANG, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Hasrat menjadikan komuniti aktif dapat direalisasikan sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2023 peringkat daerah Marang di Dataran Kampung Rawai, hari ini.

Pelbagai aktiviti fizikal berjaya menarik minat masyarakat khususnya golongan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin [UNISZA), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), komuniti setempat serta pelajar-pelajar sekolah seluruh daerah Marang.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang Fikri Mahmud, berkata kerjasama antara jabatan di daerah ini dalam menjayakan sambutan menampakkan hasil yang memberangsangkan.

“Sambutan menggalakkan dan memberi impak yang besar untuk terus merangka aktiviti kecergasan bagi masyarakat di daerah Marang,” katanya.

Antara acara yang diadakan senamrobik dan aktiviti kecergasan, larian ceria tiga kilometer sepanjang Kampung Rawai dan Kampung Alur Limbat dan sebagainya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda