
Laporan/foto: Parimala Devi Suppiah/Khairul Othman (Jelebu)
JELEBU, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jelebu 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Musa Al-Haj telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lui Mohd Razi Mohd Ali yang mewakili Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Haji Jalaluddin Haji Alias.
Pelbagai aktiviti sukan seperti Fun Run, Kejohanan e- Sport (PUBG MOBILE dan FIFA),pertandingan memanah tradisional dan pertandingan petanque telah diadakan sempena memeriahkan lagi sambutan pada tahun ini.
Pegawai Daerah Jelebu Abd.Rahim A.Aziz selaku Pengerusi Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Jelebu, berkata sambutan HSN telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di adalah langkah proaktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan (sporting nation).
“HSN dapat memberi kesedaran tentang kepentingan amalan gaya hidup cergas dan aktif dengan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai sebagai rutin harian untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat,” katanya.
Menurut pelajar Abd Hafiz Abd Rafiq, 15, beliau berasa gembira apabila dapat menyertai aktiviti-aktiviti sukan yang diadakan.
-ZS-