Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Event Honda EX5 3.0 Menarik Minat Belia

By 23 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ali Imran Johari (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Demi menarik minat dan sokongan kepada golongan belia bagi mengelakkan mereka daripada terjebak dengan kegiatan lumba haram, Koperasi Permotoran Terengganu telah menganjurkan  program ‘Event Team Ex5 3.0’ pada Sabtu lalu dengan mengumpul pemilik-pemilik motor Honda Ex5 dari serata Malaysia bertempat di Litar Drag Gong Badak.

Peserta program, Irfan Hafiz, 23, berasa amat teruja dengan penganjuran program ini kerana dapat berkumpul dan berkongsi minat yang sama dengan pemilik motor Honda Ex5 dari serata Malaysia

“Program seperti ini amat bagus kerana bukan sahaja menyokong kami malah boleh mengubah persepsi masyarakat Malaysia yang selama ini mengatakan bahawa kami ini ‘mat rempit’,” katanya.

Bagi peniaga Rahmat Johar, 37, program seperti ini dapat membantu meningkatkan ekonomi peniaga-peniaga di sekitar kawasan Kuala Nerus.

“Para perniaga disediakan tapak untuk berniaga sepanjang program ini berlangsung.

“Kami amat bersyukur dengan adanya program ini, peniaga kecil dapat menjana hasil dan dapat menambah pendapatan keluarga dikala peningkatan kos sara hidup,” katanya

Program berlangsung selama dua hari dan berjaya menarik pengunjung di sekitar dan luar negeri Terengganu berkumpul dan memberi kesedaran tentang keburukan kegiatan lumba haram.

-ZS-

Tinggalkan komen anda