Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Penjawat Awam Perlu Memberi Sokongan dan Kesetiaan Secara Profesional kepada Kerajaan Memerintah

By 11 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rahman Ishak (Putrajaya)/Shaharuddin Ahmad (Kementerian Komunikasi dan Digital)

PUTRAJAYA, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Peranan setiap anggota perkhidmatan awam pelbagai gred amat penting dalam memberi sokongan dan kesetiaan secara profesional kepada kerajaan yang mentadbir yakni ‘government of the day’ (kerajaan yang memerintah).

“Dalam sistem pentadbiran negara kita, kuasa eksekutif Raja atau Yang di-Pertuan Agong dilaksana oleh Menteri melalui kementerian. Tanggungjawab menteri selaku anggota pentadbiran perlu disokong oleh perkhidmatan awam.

“Penjawat awam bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan maklumat yang tepat kepada peringkat pengurusan serta pemegang taruh ketika membuat keputusan mengenai dasar-dasar negara.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, berkata demikian di Majlis Jasamu Dikenang Kementerian Komunikasi dan Digital 2023, di sini pagi tadi.

Menurut Fahmi lagi, penjawat awam merupakan kelompok insan yang bertuah kerana terlatih dari segi mental, rohani, fizikal dan kepimpinan.

“Justeru, peranan tuan puan sebagai penjawat awam walaupun telah bersara amat penting dan signifikan dalam pembangunan negara.

“Anda adalah wira tak didendang ataupun ‘unsung heroes’ dalam pembangunan negara kita,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda