Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kerajaan Perpaduan Dijangka Memperkenalkan Sistem Subsidi Bersasar

By 12 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rahman Ishak/Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memperkenalkan sistem subsidi bersasar semasa membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI pada pukul 4.00 petang esok.

Ikhtiar itu dilihat sebagai meringankan beban fiskal yang ditanggung selain mengukuhkan kedudukan kewangan ekonomi negara.

Pada 19 September lalu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perincian pelaksanaan subsidi bersasar akan dibentangkan dalam Belanjawan 2024.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan pada Selasa lalu memberi jaminan dasar subsidi bersasar yang bakal dilaksanakan tidak akan menekan rakyat.

Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan, pelaksanaan dasar terbaharu itu dilihat amat mendesak susulan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan ketika ini mencecah RM81 bilion.

“Dalam perkiraan dan pertimbangan kerajaan termasuk jemaah menteri, subsidi bersasar itu dianggap sangat mendesak kerana jumlah subsidi (ditanggung) kini sudah RM81 bilion, tetapi dasar (baharu) tidak akan menekan (rakyat),” katanya.

Pada 24 Februari Kerajaan Perpaduan yang diterajui Anwar telah membentangkan Belanjawan 2023 yang memperuntukkan sejumlah RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion belanja pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Pembentangan Belanjawan 2024 boleh diikuti secara langsung menerusi Facebook Jabatan Penerangan dan Radio Televisyen Malaysia.

-RI

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda