Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Pelbagai Acara Meriahkan Sambutan Maulidur Rasul SK Jeram Tekoh

By 12 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Mohamad Firdaus Abd Aziz (Gua Musang)

GUA MUSANG, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Pelbagai acara menarik diadakan dalam Sambutan Maulidur Rasul Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Tekoh bagi menyemai jiwa murid-murid  agar sentiasa mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW yang sangat terpuji dan menjadi idola kepada umat Islam sehingga kini.

Guru Besar SK Jeram Tekoh Ahmad Anuar Ghazali, 51, berkata acara seperti perarakan, pertandingan sepanduk, ceramah dan kuiz keagamaan memeriahkan sambutan.

“Seawal pukul 7.00 pagi lagi, kita sudah mula dengan berselawat di perkarangan sekolah dan terus berarak ke Masjid Jeram Tekoh.

“Walaupun jarak tidak berapa jauh namun amat menguja murid-murid,” katanya.

Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Fakri Mohammed, 49, berkata sambutan diadakan setiap tahun bagi memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Alhamdulillah, majlis ini mendapat sambutan dan sokongan yang padu daripada ibu bapa dan guru,” katanya.

Pelajar tahun enam Hannan Arsyad Mohd Azizi, 12, berkata perarakan sambil bersalawat amat menyeronokkan.

Sambutan yang diadakan semalam bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ melibatkan seramai 563 orang murid dan 40 guru turut dihadiri Pegawai Penerangan Daerah Gua Musang Norhayati Shamsu Anuar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda