Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPutrajaya

Meriah, Sambutan Hari Sukan Negara KKD

By 16 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidy Salim/KKD

PUTRAJAYA, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil telah menghadiri Perhimpuan Bulanan dan Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Kementerian Komunikasi dan Digital KKD, di Putrajaya pada Sabtu.

Sambutan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sukan dari pelbagai agensi di bawah KKD seperti sukan traditional rakyat, sukan kontemporari, sukan digital serta pertandingan mewarna kanak-kanak yang diadakan sempena dengan Hari Sukan Negara.

Dalam sambutan yang sama Fahmi juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang segmen-segmen sukan yang dipertandingkan.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohammad Fauzi Md Isa, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, YBhg Datuk Suhaimi Sulaiman, serta CEO BERNAMA, Datuk Roslan Ariffin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda