Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Manfaatkan Pantai dalam Aktiviti Bersukan dan Bersenam

By 16 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Farzliana Abdul Ghaffar/Dayang Siti Nurzuhairah Abang Ahmad Zaini (Bachok)

BACHOK, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bachok anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok bersama jabatan dan agensi kerajaan daerah Bachok berlangsung meriah di Dataran Perahu, Pantai Irama di sini kelmarin.

Ketua Jajahan Bachok Haji Shamsul Abu Bakar menyeru semua warga Bachok agar dapat memanfaatkan pantai Bachok dengan melakukan aktiviti sukan dan riadah melalui kaedah membakar jumlah kalori dalam badan dengan gaya senaman bersahaja seperti berjoging, berjalan di pesisir pantai, menghirup udara segar dengan alunan bunyi desir ombak, melakukan sukan air dan sebagainya.

“Jajahan Bachok mempunyai kawasan pantai paling panjang untuk dimanfaatkan bagi aktiviti sukan dan bersenam. Otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat dan kebersihan pantai yang terjaga bersih serta cantik juga dapat mengelak dari penyakit,” ujarnya.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok Azma Yahya sambutan yang diterima dari warga Bachok amat menggalakkan dan pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang program.

“Warga Bachok yang hadir seawal pagi, sangat teruja menyertai program ini dan memberikan sokongan melalui pelbagai aktiviti,” katanya.

Program menarik  dengan kehadiran lebih 1000 orang peserta menyediakan aktiviti seperti  senamrobik perdana, ‘fun walk’ 3 kilometer, sepakan penalti, lontaran masuk bola jaring, dam ular gergasi, pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Daerah Bachok, pameran jabatan dan agensi kerajaan di daerah Bachok serta cabutan bertuah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda