Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPahang

Penduduk setempat tidak lepaskan peluang di Program Jualan Rahmah

By 6 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang) 

BENTONG, 6 Okt (Malaysiakaktif) – Penduduk dan masyarakat sekitar Felda Sungai Kemahal tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan pada harga berpatutan di Program Jualan Rahmah (PJR) yang diadakan di sini, hari ini.
Salah seorang penduduk Ruziyanti Mohd Noor, 50, ketika ditemui berkata, beliau beratur seawal jam 9.00 pagi bagi membeli barangan pada harga istimewa terutamanya beras.

“Saya datang awal dan orang ramai dah mula beratur, Alhamdulillah saya dapat membeli barangan keperluan dengan harga yang berpatutan seperti beras, telur, minyak masak dan lain-lain,” katanya.

Ani Kalsom Othman, 50, pula menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas penganjuran PJR ini dan berharap program ini dapat diadakan dengan lebih kerap.

“Saya membelanjakan sekitar RM150 hari ini dan harganya sangat berpatutan, jauh beza dengan harga di kedai, jadi saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana jualan seperti ini sangat membantu rakyat bagi mendapatkan barangan dengan harga lebih murah,” ujarnya.

Antara tawaran istimewa yang boleh didapati di PJR ini adalah beras yang dijual pada harga RM10 sekampit (terhad 2 kampit seorang), minyak masak 2kg dijual pada harga RM11, telur sepapan RM10 (terhad 2 unit seorang), ayam seekor RM7.00 dan banyak lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda